I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, May 1, 2009

Kem Jati Diri UPSR

SERAMAI 86 pelajar termasuk 64 pelajar yang bakal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) telah menyertai Kem Jati Diri UPSR bertempat di Kem Singkir, Yan, Kedah milik Pusat Kokurikulum Jabatan Pendidikan Kedah, selama tiga hari baru-baru ini. Kem itu juga turut membabitkan 22 pelajar Tahun Lima yang berpotensi dalam kurikulum dan kokurikulum di sekolah yang sama.










syognya naik bas.....
Program anjuran Unit Hal Ehwal Murid dan Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Sri Taman, Alor Setar bermula 2 April hingga 4 April lalu itu bertujuan untuk mendedahkan konsep kepimpinan, bekerjasama dan bertolak ansur melalui aktiviti berkumpulan yang dijalankan selain bijak berfikir dan bertindak dalam menghadapi cabaran yang diberikan sepanjang kem tersebut dengan berbincang masalah dan mencari jalan penyelesaian secara bersama.




Sepanjang kem ini, pelajar telah mengikuti beberapa aktiviti yang disediakan kem termasuk wall climbing, flying fox, paint ball, basic orientering dan larian berhalangan (13 halangan) dengan pantauan 12 jurulatih. Setiap kali selesai melakukan aktiviti, jurulatih akan menerangkan makna tersirat di sebalik aktiviti tersebut. Pelajar juga diberikan latihan asas kawad, aplikasi teknik memasang khemah dan pelbagai aktiviti santai seperti nyanyian dan permainan.

Menurut Penolong Kanan HEM,Pn Hjh Norliah Saad, program tersebut diadakan di kem ini memandangkan sekolah tidak ada kelengkapan untuk melakukan aktiviti seumpama ini.

“Pihak sekolah melihat program ini amat penting untuk dilaksanakan bagi menyediakan pelajar yang berdaya tahan lasak dan berdisiplin tinggi sekaligus memantapkan jatidiri mereka. Apatah lagi, latihan dan aktiviti diberikan oleh jurulatih yang berpengalaman.”

Salah seorang guru pengiring, Pn Nurul Naiemah Nordin, menambah selain mempersiapkan pelajar dengan pemantapan jatidiri melalui aktiviti fizikal, aspek pengisian diri pelajar turut ditekankan.




jadi ka khemah ni?












jangan berebut, makanan banyak...



"Kem ini turut mendedahkan kepada pelajar bagaimana mereka perlu mengurus masa dengan betul seperti merancang masa untuk melaksanakan dan menyiapkan aktiviti. Yang menariknya, terdapat aktiviti sampingan yang walaupun santai tetapi memerlukan kemahiran berfikir kreatif dan kritis pelajar. Secara tidak langsung, pelajar-pelajar lebih tangkas dan cepat dalam tindakan ketika berhadapan dengan sebarang situasi " katanya.

Malah pada sesi itu, pelajar juga ditanam dengan konsep masyarakat penyayang dan interaksi beradab dengan mengamalkan makanan secara beradab dan tertib, melantik dan menjadi imam untuk sembahyang jemaah di kalangan mereka, bertukar-tukar pandangan dan saling bermesra.


sesi interview dengan WebTV


Pelajar Tahun Enam, Muhd Faris Irfan b Abd Hadi berkata kem yang dianjurkan pihak sekolah itu amat bermakna kerana selain dapat melaksanakan aktiviti ia juga dapat mendidiknya menguruskan masa dengan teratur dan pantas.

"Setiap program yang dibuat diberi masa tertentu dan kami perlu patuh pada masa tersebut dan berfikir tindakan yang wajar dengan cepat. "Kalau dikira pada letih memang ada terutama latihan kawad tetapi saya tetap seronok berada di sini," katanya yang berjanji akan mengikuti lagi sekiranya diberi peluang.


Fatin sebagai pengacara majlis penutup

Seorang lagi peserta, Noor Fatin Najwa bt Mohd Mokhtar berkata kem itu dapat memberi semangat kepadanya untuk terus belajar dengan gigih dan menjadi manusia berguna.

"Saya berjanji akan mengaplikasikan apa yang ditunjuk ajar oleh tenaga pengajar sepanjang tiga hari di sini," katanya yang teruja selepas menamatkan aktiviti larian berhalangan.

Sementara itu, Guru Besar SK Sri Taman,Pn Hjh Noortipah Ramli, dalam ucapan penutupnya berharap pelajar yang mengikuti kem itu tidak hanya memperoleh pengalaman baru malah lebih dari itu, mereka mampu memahami tujuan aktiviti untuk dihayati dan digunakan dalam tindakan dan kehidupan selepas ini.


Muhd Afran Hakim, peserta terbaik lelaki

"Kamu semua adalah daripada kumpulan bertuah kerana terpilih menyertai kem ini kerana segala ilmu yang diperoleh bukan saja untuk peperiksaan tetapi merangkumi segenap aspek kehidupan. Program seumpama ini bukan mudah untuk dihadiri, lebih-lebih lagi untuk melakukan aktiviti fizikal yang tidak semua orang mampu melakukannya. Sebagai insan terpilih, manfaatkan peluang yang diberikan sebaik-baiknya," katanya di dalam ucapan perasmian penutup yang turut menerima kawad hormat pelajar dan menganugerahkan sijil penghargaan kepada pelajar.


perbarisan pagi


senaman pagi



wall climbing



pulun...Hanna, pulun...



sesi muhasabah
(crocodile tears?)


flying fox



tangan mesti steady, hebat lah tu..


paintball (kena ke dak tembak tu...)


lagi... larian berhalangan


cepat Sarah, cepat, ustz kat belakang tu...


teknik ikatan asas...


taklimat 'orientering'


majlis penutup, dikendali sepenuhnya oleh murid


Adapted from the article that is supposed to be published in METRO.
This camp will also be featured in WebTV (TV Pendidikan)
wait and see...


belakang tabir - guru-guru, abg naimul and fathuddin


en.abdullah (wartawan metro) dan guru-guru pengiring

No comments:

Post a Comment