I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, November 27, 2009

Nak ke mana kita???

TAHNIAH diucapkan kepada murid-murid Tahun 6 SK Sri Taman di atas kejayaan anda di dalam UPSR tahun ini. Oleh kerana peratus kelulusan anda telah melebihi sasaran, seperti yang dijanjikan oleh GB, pihak sekolah akan membawa anda ke...



LOST WORLD OF TAMBUN

Wednesday, October 21, 2009

Pemuda beribubapakan babi

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.

Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".

Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya.

Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.

Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya.

"Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.

Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."

Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.

Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.

Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.

Wallahualam.


Friday, August 28, 2009

UPSR is just around the corner...

Semua CALON UPSR 2009...
sememangnya masa yang dinantikan kian mendekati anda. Tarikh 8 September 2009 semakin hampir. Para CALON UPSR 2009 perlu menstruktur masa yang tinggal ini dengan berkesan. TADBIR masa dengan berkesan. Senaraikan perkara keutamaan ketika ini. Mengutamakan aktiviti menjurus kepada persiapan menghadapi persiapan UPSR 2009 dan dalam masa yang sama tidak mengabaikan perkara yang dianggap penting juga iaitu memantapkan kerohanian.

Seminggu Menjelang Peperiksaan

1. Menjaga Hubungan : Dengan Allah, Ibu Bapa, Guru Dan Rakan. Pertingkatkan hubungan dengan Allah dengan meningkatkan amalan kerohanian. Sentiasa meminta restu ibu bapa dan guru di dalam semua aktiviti yang di lakukan khususnya yang berkaitan dengan Peperiksaan.
2. Menjaga kesihatan. Menghadkan aktiviti yang lasak dan tanpa tujuan seperti bermain basikal. Bersiar-siar dengan motorsikal kerana dibimbangi berlaku perkara yang tidak diingini. ambil berat keadaan caca sekeliling. Segera mendapatkan rawatan jika ada tanda-tanda tidak sihat.
3. Menghadkan menonton TV, CD, Internet, SMS, kerana ia adalah anasir yang paling banyak mencuri masa dan tenaga tanpa disedari.
4. Mengawal pemakanan. Elakkan memakan makanan yang mengandungi lemak yang tinggi kerana akan menyebabkan kita mudah mengantuk.

Strategi Mengulangkaji Di Hari Peperiksaan

• Beritahu Ibu / Ayah
• Pohon restu
• Ambil Wuduk
• Mengadab kiblat
• Niat dan lafaz doa
• Ambil masa tidak terlalu lama kerana otak perlu rehat yang secukupnya untuk menghadapi peperiksaan yang seterusnya.
• Konsentrasi
• Mengamalkan teknik bacaan scanning (menyemak / melihat setiap muka surat secara sambil lalu dan hanya memberikan tumpuan kepada seuatu topik secara bersantai). Lihat tajuk kemudian lihat jawapan sepintas lalu.
• Jika perlu lihat tajuk, cth : cuba tuliskan nilai murni / formula / unit / dll
• Rehat dan tarik nafas yang panjang setiap 15 minit
• Tamatkan mengulangkaji dengan doa : Mohon kepada Allah agar diberi ketenangan.
• Sudahkan dengan membaca Tasbih Kafarrah dan surah Al-asr
• Simpan semula buku yang digunakan di tempatnya yang asal.

Malam Sebelum Peperiksaan

1. Lakukan Amalan Kerohanian :
1. Solat hajat
2. Doa
3. Mohon Restu Ibu Bapa
4. Sediakan semua keperluan peperiksaan
5. Pakaian
6. Alat tulis
7. Air Mineral
8. Jam
9. Gula-gula
10. Lain-lain keperluan
11. Tidur Awal
12. Elakkan menonton TV
13. Memasang jam Penggera untuk bangun

Pagi Peperiksaan

1. Mandi air Suam
2. Solat hajat Sebelum subuh
3. Sarapan : Jangan makan terlalu banyak / berat
4. Pakai minyak wangi (DDFMK)
5. Keluar rumah minta restu
6. Datang mengikut masa yang sesuai. tidak terlalu awal / lewat

Tips Ketika Berada Di Dalam Dewan Peperiksaan

• Melangkah masuk ke dalam dewan dengan kaki kanan
• Duduk dengan selesa
• Keluarkan alat tulis
• Jangan bawa masuk bahan-bahan yang dilarang
• Baca doa penerang hati
• Kalau gemuruh lakukan pernafasan permulihan, banyakkan berselawat
• Senyum untuk mencari ketenangan
• Bisikkan pada diri Insya Allah aku akan dapat menjawab dengan baik.

Apabila Soalan Telah Diberi

• Dengar dengan teliti arahan pengawas
• Jangan mula menjawab jika pengawas tidak membenarkan anda berbuat demikian

Apabila Masa Menjawab Telah Bermula

• Mulakan dengan lafaz Basmallah
• Baca arahan dengan teliti
• Bahagikan masa dengan saksama
• Jawapan HENDAKLAH MENGIKUT KEHENDAK SOALAN jangan jawab mengikut apa yang kita tahu
• Jika menghadapi sebarang masalah, sila angkat tangan, beritahu, (bukan tanya jawapan)
• Semasa menjawab dahulukan soalan yang mudah dahulu
• Jika tidak dapat menjawab sesuatu soalan jangan gamam, letakkan tangan kanan di atas umbun-umbun kepala dan kemudian berselawat, tarik perlahan-lahan tangan ke arah belakang (dari depan ke belakang) Insya Allah dengan keberkatan selawat yang kita yakin, daya ingatan akan pulih, ameen
• Jangan melakukan perbuatan yang mencurigakan.

Kesilapan Yang Tidak Disedari Ketika Sedang Menjawab Soalan

• Over Confident
• Menjawab soalan mengikut apa yang diketahui bukan mengikut kehendak soalan
• Tulisan yang tidak kemas
• Tergesa-gesa
• Soalan belum habis dibaca tetapi telah memilih jawapan
• Meletakkan harapan yang terlalu tinggi
• Panik yang tidak terkawal
• Kerisauan yang terlalu tinggi terhadap kegagalan
• Tidak urus masa dengan betul
• Memindahkan pilihan jawapan yang tidak betul : jawapan yang dipilih B tetapi menandakan jawapan di kertas jawapan D : akibat cuai
• Menukar pilihan jawapan di saat akhir.
• Keluar ke tandas ketika peperiksaan sedang berlangsung tanpa sebab yang munasabah

Apabila Telah Selesai Menjawab soalan

• Jangan buang masa semak semula. (pengiraan, ejaan, dll)
• Sebelum kertas jawapan dipungut berdoalah sebagai tanda syukur kerana dapat menjawab soalan sebaik mungkin
• Apabila masa telah tamat dan skrip jawapan telah dipunggut, tinggalkan dewan dengan tenang. Ingat esok ada peperiksaan lagi.

Selepas Peperiksaan Tamat

• Ucapkan tahniah kepada kawan-kawan
• Jika kurang pasti dengan jawapan jangan bincang
• Doakan diri dan rakan-rakan semoga sama-sama berjaya di dalam peperiksaan yang baru dilalui
• Tinggalkan sekolah dan terus pulang ke rumah.


p/s : ubahsuai apa yang patut di bulan puasa ini ya...




Adapted from : http://aspirasidiri.blogspot.com/


Monday, July 6, 2009

Jangan hidupkan penghawa dingin apabila .....

Harap dapat berkongsi dengan sahabat anda yang lain.


Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkab kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.


Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan.. . dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.


Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini daripada berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut.


Friday, June 12, 2009

HIDUPNYA ALLAH DENGAN ILMU

Ceramah/Kuliah oleh Ustaz Muhammad Kazim bin Elias, bekas murid saya semasa mengajar di SK Sri Besout, posting pertama dan tempat latihan mengajar selepas Maktab Perguruan Sri Pinang, kiranya masa awal dua puluhan dulu.Teringat juga kakaknya, Ainon Mardziah (a bright girl,murid saya juga), dengar kata menjadi seorang ustazah.

Felda Besout, terletak di Gunung Besout - tanah tinggi antara bandar Sungkai dan Slim River, tempat penuh memori bagi guru-guru yang baru kena posting berserta menjalani latihan mengajar, 15 orang semuanya serta 15 orang lagi guru sementara. Dengan segala infrastruktur yang serba kekurangan, pada waktu itu memang 'best out'(joking sesama kami la).Tapi bila dah boleh keluar, miss la pulak tempat tu..

Ambillah pengajaran dari ceramah di bawah.

PART 1:



PART 2:



PART 3:



PART 4:



PART 5:



PART 6:



PART 7:



PART 8:



Thursday, June 4, 2009

Rewind: Kem Penghayatan Sunnah Rasul

Sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini, SK Sri Taman telah mengadakan satu majlis yang dinamakan Kem Penghayatan Sunnah Rasul, dikendalikan oleh guru-guru Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama semua guru sama ada sebagai pengacara majlis, pengelola peserta, hakim pertandingan, penjaga disiplin dan lain-lain lagi. Pada awalnya, satu ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Ismail bin Salleh, seorang guru jQAF dari Pulau Langkawi. Selepas rehat, diadakan pula pertandingan azan, nasyid solo dan nasyid berkumpulan sebagai mencungkil bakat-bakat terpendam yang ada pada para pelajar.


Ustaz Wan Ibrahim membuka tirai dengan bacaan doa.


Ustazah Normalawati (kanan)sebagai pengacara majlis ceramah, Guru Besar (tengah) dan yang berbahagia Ustaz Ismail Salleh.


Pelajar dan sebahagian dari guru-guru.


Mendengar ceramah dengan penuh perhatian...


Ustaz Ismail sedang menyampaikan ceramah


Ada juga yang pandang belakang tu..


Murid Tahap 1 di barisan hadapan


Yang terkenal nakal pun.. beri perhatian nampaknya..


Sekali sekala duduk kat bawah pun menyeronokkan..


Penghargaan kepada Ustaz Ismail


MC pertandingan (Cikgu Masyitah) sedang ber'posing'


Jurufoto 'Metro' tekun dengan tugasnya, Ustz Naeimah kita..


Pertandingan azan bermula....Helmi, tahun 3 Bijak


Iqbal Aiman tahun 3 juga..


Mohd Fareez, 5 Pintar


Asyraf, 4 Bijak


Irfan, 5 Pintar


Farid, 6 Bijak


Nazirul Syazwan, 6 Bijak



Fairuz Faiz Faiq, 6 Bijak


Mohd Faridzuan, 6 Bijak


Mohd Asyraf, 6 Pintar


Hanna Mursyida, 3 Bijak...satu-satunya peserta nasyid solo dengan lagu 'Persada Perjuangan'.


Nasyid berkumpulan....yang ni 5 Pintar


6 Bijak


6 Bijak


5 Bijak


6 Bijak


4 Bijak


3 Bijak


4 Bijak


5 Pintar


Dah restless dah tuu...
Selesailah nampaknya!


Monday, May 25, 2009

Maafkanlah...

Bila bos anda marah pada anda, memaki, mencaci atau merendahkan maruah anda, maafkan saja. Jika anda juga marah atas sikapnya itu, bermakna anda membuka ruang untuk pemikiran negatif menguasai anda.

Untuk kekal positif, kekal bersemangat pada tahap tinggi, hati anda perlu jadi macam Malaikat. Jadi seorang yang pemaaf, mudah memberi maaf dan mudah menerima maaf.

Kita manusia, tapi kita ada pilihan untuk meniru sikap Malaikat, juga untuk mengikuti akhlak Nabi Muhammad s.aw. sungguh baik hati, pemaaf, jujur dan professional dalam apa jua dilakukan olehnya.

Orang yang hatinya pemaaf, mudah mengecap kecemerlangan. Mengapa? Hatinya penuh terisi dengan nilai-nilai positif, mindanya terisi dengan fikiran positif lantas menarik dia untuk ditemukan dengan situasi-situasi positif yang membolehkan dia mencapai sesuatu tahap yang sukar dicapai oleh orang lain dalam bidang yang serupa dengannya.

Untuk menikmati keseronokan bekerja, anda perlu bebaskan diri dari semua yang negatif. Anda perlu belajar melupakan apa saja yang negatif, apatah lagi apabila bos anda marahkan anda, kawan-kawan memperli anda atau anda dikritik hebat oleh rakan sekerja anda.

Anda ada pilihan untuk melupakan semua tu, semua yang negatif. Ubah diri, bina peribadi supaya anda dapat mencemerlangkan diri dalam kerjaya anda sekarang ini.

Adapted: iMotivasi.com

Wednesday, May 20, 2009

ADAB MURID TERHADAP GURU


ADAB-ADAB BERCAKAP DENGAN GURU

1. Menggunakan bahasa yang sopan.
2. Memandang muka guru.
3. Merendahkan suara.
4. Menyahut panggilan guru


ADAB-ADAB YANG TIDAK WAJAR DILAKUKAN TERHADAP GURU

1. Suka menyampuk percakapan guru.
2. Meninggikan suara apabila bercakap dengan guru.
3. Tidak memandang muka guru apabila bercakap.
4. Tidak meminta izin apabila hendak keluar ke tandas


KELEBIHAN MENJAGA ADAB-ADAB BERCAKAP DENGAN GURU

1. Mendapat pahala.
2. Diberkati ilmunya.
3. Disayangi guru.
4. Disukai rakan-rakan


Saturday, May 16, 2009

HAPPY TEACHERS' DAY


Kepada semua kawan-kawan seperjuangan:

MENUNTUT ILMU PERGURUAN:
MAKTAB PERGURUAN SRI PINANG
INSTITUT PERGURUAN DARUL AMAN
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

MENYAMPAIKAN ILMU:
SK SRI BESOUT, SLIM RIVER.
SK BUKIT SELARONG, KULIM.
SK SUNGAI KOROK LAMA, ALOR SETAR.
SK SRI TAMAN, ALOR SETAR.

DAN KEPADA SEMUA GURU DI MALAYSIA.

Would like to quote one sms I received today:

" I can appreciate coffee without susu,
nights without lampu, curry without lembu,
burgers without keju,
but NOT school without GURU.
Happy Teachers' Day!"


Tuesday, May 12, 2009

Karnival Pendidikan Islam


Kumpulan kompang salawat - 'Kompang Satria'
Johan PKG Simpang Empat.
Tempat ke 3 Daerah Kota Setar.


Kumpulan nasyid - 'Shoutul Falah'
Johan PKG Simpang Empat.
Bersama jurulatih percussion, Abg Muhammad Fahmi (MMAS).

SAKSIKAN CLIP VIDEO PERTANDINGAN NASYID DI PKG.


video


CLIP VIDEO PERTANDINGAN KOMPANG SALAWAT
PERINGKAT DAERAH KOTA SETAR


video

MUHAMMAD FATHI and AHMAD FATHI


MUHAMMAD FATHI
SMK AGAMA KEDAH
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
15 AUGUST 1990



AHMAD FATHI
MAKTAB MAHMUD ALOR STAR
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA
10 AUGUST 1990

Saturday, May 9, 2009

Gambar2 sekitar Kem Peningkatan Akhlak

Berkenalan dengan abang dan kak fasi....


Salam perkenalan dari Abg ....MMAS



Abg Ahmad Fathi - MMAS ~UIA


Abg Fakhrur Ridzwan - MMAS ~ Darul Quran


Abg ........MMAS


Abg Naimul Firdaus - MMAS ~ Mesir (insyaalah)


Abg Hazim - MMAS ~ UniKL


Abg .......(baju hijau) - MMAS



Kak Aisyah - MMAS


Kak Madihah -MMAS & Kak Hilyani ~ Darul Quran


Kak Adilah Hafizah - MMAS


Kak Izzati - MMAS

Ceramah akhlak oleh Ustaz Shatibi - UIA/JQAF


Ceramah motivasi oleh Abg Dziaulhaq -MMAS~UIA


sangat teruja...


depa ni pun, penuh semangat


khusyuk...


beri sepenuh perhatian...


warm up keliling padang (riadah)


letih dah la, aktiviti apa plak pasni..


kami pun exercise gak..


kami buat betul2 ni kak aisyah..


jangan masuk kanan keluar kiri dah la...

Semoga murid-murid semua mendapat pengajaran dan mempraktikkan apa yang dipelajari dari penceramah2 dan pesanan juga ajaran dari abang2 dan kak2 fasi. Solat hendaklah dipraktikkan. Jangan ingat masih di sekolah rendah, tak perlu solat betul-betul lagi. Solat hendaklah dijaga, 5 kali sehari . Bukan 2, 3 atau 4 kali sahaja seperti sebelum ini.


SEKSA MENINGGALKAN SOLAT
*Meninggalkan fardhu Isyak:Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya dan menggesa ia mencari bumi yang lain.
*Meninggalkan fardhu Asar:Dosa orang yang meninggalkan sembahyang fardhu Asar seperti membunuh 1,000 orang Islam.
*Meninggalkan fardhu Zohor:Dosanya seperti ia meruntuhkan Kaabah.
*Meninggalkan fardhu Maghrib: Dosa orang yang meninggalkan fardhu Maghrib sama seperti ia berzina dengan ibunya (jika lelaki) atau berzina dengan bapanya (jika perempuan).
*Meninggalkan fardhu Subuh:Orang yang meninggalkan fardhu Subuh akan disiksa selama 60 tahun di dalam neraka.