Rasa kesian pulak dah lebih sebulan blog ni tak di update sedangkan banyak perkara dah berlaku seperti sambutan hari jadi 2 puteriku, Nawal Nabeeha dan Hanna Mursyida.Nawal menyambut hari jadi di rumah dengan dikerumuni oleh adik-beradiknya yang lain berserta cu dan tok (30 Jan). Hanna pula menyambut hari jadi di sekolah, di 'handle' oleh Mr Khong dan Puan Noraini(18 Feb).Seronok sungguh dia bila mendapat hadiah racquet badminton dari Mr Khong dan hadiah dari kawan-kawan yang lain sehingga Nawal pula tahun depan minta nak sambut birthday di sekolah juga.
Di sekolah pula,penulis telah selesai menganjurkan Program Kepimpinan Pengawas (5 Mac) dengan ceramah kepimpinan disampaikan oleh motivator En. Mohd Husni bin Zakaria. Berikutnya Kem Peningkatan Akhlak (12, 13, 14 Mac)dibantu oleh fasi2 dari Maktab Mahmud Alor Star dan senior2 mereka yang sekarang berada di Darul Quran, UIA, UniKL dll.Terima kasih kepada Fakhrur dan rakan2 yang menyediakan modul dan tentatif program serta penceramah2 seperti Ust Shatibi, Ust Sukarno dan Haq yang juga bekas muridku dulu.Kalau tak silap, ini adalah tahun ke 9, sekolah ini menganjurkan kem sebegini yang sudah menjadi agenda tahunan. Yang cantiknya, boleh dikatakan semua guru memberikan kerjasama penuh dalam pengendalian kem sebegini. Itulah untungnya sekolah kecil, semua macam adik beradik. Tak ada geng itu dan ini, walaupun salah faham sikit2 tu ada la tapi tak sampai bermasam muka dsb.Tak lupa juga terima kasih tak terhingga kepada PIBG yang memberikan bantuan terutama dalam melengkapkan biaya program. Pihak sekolah cuba mengutip dana yang paling minimum dari para waris. Penyertaan murid sangat menggalakkan, cuma ada seorang dua sahaja yang tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Malah ada waris sekolah lain yang minta menyertai program ini yang dikatakan sangat berkesan kepada anak-anak mereka.
Minggu depan akan diadakan kem jati diri di pusat kokurikulum, singkir - program kerjasasama pk hem dan pk kk. Akan di update nanti...
Sunday, March 29, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)