Saturday, January 15, 2011
PEDOMAN UNTUK REMAJA
Syabas...Mohd Kazim Elias - 5 Biru (1983), SK Besout, Perak.
Monday, October 18, 2010
Tuesday, July 20, 2010
PROTOKOL ZIONIS
Program pertama dalam istilah Freemasonry dinamakan 'TAKKIM' :
Merosakkan ajaran Nabi Isa A.S. yang ada seperti menghalalkan yang haram dan sebaliknya.
Merosakkan akidah dengan Doktrin Trinitas.
Merosakkan Injil (Bible) yang ada dengan Injil palsu.
Saul (Paulus) dijadikan tandingan Nabi Isa A.S.PADA ZAMAN ISLAM :
Pada zaman Rasulullah S.A.W, orang-orang Yahudi memupuk Munafiqin dan Muhadin. Mereka diantaranya berusaha menfitnah isteri Nabi, mengacau ajaran Islam, memecah-belahkan kaum Ansar dan Muhajirin.
Melaga-lagakan Ali R.A. dan Muawiyah R.A. sehingga Aisyah R.A. masuk campur.
Membuat ratusan hadis-hadis palsu, memasukkan dongeng Israeliyat, mengubah penafsiran Al-Quran dan sebagainya.
Mendangkalkan aqidah umat Islam dengan falsafah Yunani sehingga timbul aliran kerahiban, tarikat sufi, mu’tazilah dan sebagainya. Maka lahirlah cendikiawan-cendikiawan Islam yang menghuraikan akidah islam dengan cara falsafah Yunani, menuruti pemikiran Aflatun (Plato), Aristun (Aristotles) dan lainnya.
Mewujudkan lembaga pendidikan Islam yang dipimpin seorang alim didikan Freemasonry yang menafsirkan Al-Quran dan hadis sesuai dengan alam pemikiran Freemasonry.
Menghidupkan sunnah-sunnah jahilliah dengan alasan memelihara adat istiadat nenek moyang.
Menjadikan Islam supaya Tasyabbuh, selari dengan Nasrani dan agama lain. Diantaranya dengan memasukkan bentuk nyanyian gereja ke masjid, ulangtahun dan sebagainya.
Salah satunya ialah di India ketika Islam bangkit untuk kembali kepada Al-Quran dan hadis dan menyerukan 'Jihad Fisabilillah', pihak penjajah Inggeris bekerjasama dengan Freemasonry menubuhkan gerakan anti-Jihad. Antara lain ialah dengan menggalakkan ahli sufi dan ulama menganggotai Freemasonry. Ditunjukkannya seorang Freemason iaitu 'Mirza Ghulam Ahmad', dia mendakwa dirinya sebagai Nabi akhir zaman, Bhuda Awatara, Krishna dan sebagainya. Rabithah Alam Islami yang bersidang di Makkah 14-18 Rabiul Awal, tahun 1394 memutuskan bahawa ajaran 'Ahmadiah' itu bukan Islam dan ia berkait rapat dengan Zionisme.
Dan kes-kes 'aliran sesat Islam' yang beredar di Indonesia seperti solat dua bahasa dan lainnya, kemungkinan besar ianya berkaitan dengan program Freemasonry.
Membuat gerakan yang bertentangan untuk satu tujuan - mengembangkan Freemasonry tempatan (domestik) dalam suatu negara dengan nama tempatan, akan tetapi tetap tidak lari dari asas dan tujuan Freemasonry.
Mendukung teori-teori bertentangan.
Membangkitkan bida'ah dan khufarat - menyebarkan teori Sigmond Freud dan Charles Darwinsehingga antara ilmu pengetahuan dan agama itu bersaing, cuba untuk kalah-mengalahkan.
Menghapuskan hukum yang melarang kahwin antara agama untuk mencipta generasi bebas agama (Atheism dan Freethinker)
Pengembangan pendidikan seks di sekolah-sekolah.
Persamaan hak antara lelaki dan perempuan dalam hal 'kedudukan waris' dan 'pakaian'.
Menggembalakan pemuda-pemudi ke dunia khayalan, dunia muzik, dan narkotik. Mendirikan Bait-Satan (rumah syaitan) untuk menampung pemuda-pemudi ke-alamnya. Mengorganisasi kaum gay, lesbian, Lutherian serta menggalakkan perakuan menuntut hak mereka dalam hukum.
Menjaga kemurnian bangsa Yahudi.
Mengekang pertumbuhan bangsa Goyim (orang selain Yahudi)
Menggalakkan perempuan-perempuan Yahudi agar menjadi subur (fertile).
Untuk merosakkan para pemimpin negara, ulama dan parti, mereka harus dijerumuskan dalam pasaran seks dengan seribu satu jalan. Pepatah Yahudi mengatakan ”Jadikanlah perempuan cantik itu untuk alat suatu permainan soal-siasat.”
Membuat perangkap seks bagi seseorang yang terhormat. Jika namanya disiarkan sehingga kehormatannya terjejas, itu adalah satu kejayaan.
Menyebarkan ejen Kasisah, iaitu Intel Freemasonry untuk menghancurkan martabat musuh di tempat-tempat maksiat.
Mendirikan pusat perjudian terbesar dan moden.
Melemahkan musuh dengan perempuan dan ubat khusus.
Alim-ulama Plotis itu disebarkan sebagai tenaga pengajar di sekolah-sekolah dan pertubuhan-pertubuhan Islam.
Alim-ulama Plotis harus diangkat menjadi anggota kehormat Freemasonry.
Memberi dana pendidikan bagi pendidikan agama. Memberi dana dalam hal perniagaan, pertanian dan sebagainya sehingga mereka sibuk dalam keduniaan (materialisme).
Musuh-musuh Freemasonry akan diperdaya agar terjerat riba (interest) oleh bank Freemasonry.
Menghasut dan memberi jalan dengan berbagai cara agar bank selain dari bank Yahudi melakukan rasuah sehingga bank tersebut hancur dan kemudian bank itu diberi bantuan bank Freemasonry dengan ikatan yang kuat. Bank itu akan beroperasi kembali dengan 75% modal Yahudi. Kemudian pemimpin-pemimpin bank tersebut diberi ajaran Freemasonry dan menjadi anggotanya.Dari data-data tersebut dapat kita lihat bahawa begitu berkembangnya program-program Freemasonry dan Allah S.W.T. telah memberi peringatan dalam Al-Quran bahawa mereka (Freemasonry) itu saling bantu membantu dan menjadi pelindung satu dengan yang lainnya. Pada lafaz “illa taf’aluuhu” Allah S.W.T. memerintahkan kita untuk mengadakan saingan program Tansiq iaitu penyatuan hati umat Islam. Dalam hal ini, ulama Islam sebagai pemegang amanah para Rasul-Rasul seharusnya bersatu untuk memimpin dan membangunkan program tandingan sedunia yang Insya-Allah pasti akan menyaingi dan menghancurkan program-program Freemasonry. - END
Thursday, June 10, 2010
Petua Berjaya Yang Luar Biasa
Mamalia ada, reptilia ada, berdarah panas menggelegak pun banyak, berdarah sejuk yang kuat rajuk pun melata. Semuanya berkumpul di tepi permatang untuk bergelanggang. Mahu melihat hari ini dalam sejarah.
Sebuah pertempuran yang dinanti-nantikan.
Pertandingan memanjat pokok pinang.
30 makhluk ciptaan Tuhan tampil ke depan. Mahu berentap memanjat ke awan. Habuan yang ditawarkan pun agak lumayan. Siapa mendengar pasti tertawan.
Sang murai menjerit girang, tanda persaingan bermula sekarang.
“Ayuh, ayuh! Jangan mudah berputus asa,” jerit sang punai menyorakkan tupai.
“Panjat, panjat! Siapa cepat dia dapat!,” sorak si badak mengusik si katak.
Tupai, katak, beruk dan lotong, memanjat-manjat mara ke atas. Menoleh ke kanan menoleh ke kiri, sesekali mencanak telinga mendengar sorak rombongan rimba. Sorak yang kuat menambah semangat. Sorak yang semangat menambah kudrat.
Tapi pinang bukan sebarang pinang. Licinnya kulit bukan kepalang. Basah pula dek gerimis petang, tidak beranting tidak berdahan. Hanya batang, tinggi kepalang.
Peluh memercik sengalnya tulang, pucuk pinang masih menjulang. Jauh lagi sebuah kemenangan, untuk juara mengecap kejayaan. Satu demi satu peserta jatuh. Letih, sakit, lenguh, tersepuh. Hanya tinggal segelintir yang keras hati, terus mara tidak peduli.
Warga rimba berubah hati, dari dorong kepada maki. Tadi beri semangat kini mencaci mengumpat. Tangan masih bersorak, mulut mengeji mencanak.
“Sudah-sudahlah, jangan ditamak hadiah yang banyak. Benda mustahil jangan kejar sampai terkucil,” ujar sang platipus memuncung-muncung.
“Kalau kamu mahu sangat tawaran itu, datang sahaja ke sarangku, akan kubelanja!” tawar si merak yang megah berlagak.
“Baliklah, hari sudah petang. Ingat di reban, keluarga tersayang” panggil sang itik, terkedek-kedek.
Satu demi satu peserta hilang semangat. Tubuh penat, basah keringat. Kudrat tadi semakin susut, ghairah pagi menjadi kecut. Tupai yang lincah jatuh ke tanah, biawak yang buas tergelincir terhempas. Batang pinang tinggal sebatang, hanya seekor cicak berjuang.
“Hahaha! Bodohnya cicak itu. Entah apa yang dia mahu” ketawa si beruk bermuka buruk.
“Uhuhuh! Cicak tamak tak ingat anak. Mengejar hadiah tak nampak rumah!” ejek sang kancil tak padan kecil.
Cicak terus mencanak.
Batang pinang dipanjat tak kira orang.
Walau panjatnya lesu perlahan, pinang dipanjat mencapai awan. Bayu petang menghembus kuat, cicak bertahan tak patah semangat. Biar pun diri tinggal sendiri, cicak langsung tidak peduli.
Jika tadi semua mengeji, timbul kagum semua berdiri. Kutuk tidak didengar lagi, kata semangat kini kembali. Cicak mula terima sorak, jangan undur teruskan tempur. Hadiah bukan tawaran sebarangan, lumayan sekali jangan disesiakan.
Sampai di puncak, tersenyum cicak. Cita-cita sudahlah nyata. Tahun ini cicak juara. Hadiah lumayan miliknya jua.
Datang wartawan mencari cerita. Bertanyakan rahsia semangat yang waja. Cicak tersenyum tanpa bicara, soalan ditanya, tiada jawabnya.
Fahamlah semua rahsia sang cicak, rupanya dia CICAK YANG PEKAK.
PENGAJARAN
Jika mahu berjaya dalam hidup, sesekali belajarlah memekakkan diri daripada melayan cakap orang, sama ada kritikan, sama ada pujian. Jika sudah ditetapkan hala tuju, terus sahaja mara ke hadapan.
“Jika kamu mahu menjadi seorang yang mempunyai pandangan, jadilah seorang yang mempunyai pendirian. Sesungguhnya pandangan menjadi rosak, apabila kamu berbelah bagi” [Abu Tayyib al-Mutanabbi]
* Olahan semula daripada sebuah kisah rakyat masyhur yang dimuatkan di dalam buku Setengah Berisi Setengah Kosong tulisan Bapak Parlindungan Marpaung, terbitan PTS.
**Ustaz Hasrizal aktif menulis di blog beliau di http://saifulislam.com/
Monday, March 22, 2010
KISAH LIMA PERKARA ANEH...
Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi, yang diperintahkan berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat:
1. Apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah,
2. Engkau sembunyikan,
3. Engkau terimalah,
4. Jangan engkau putuskan harapan,
5. Larilah engkau daripadanya."
Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan." Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.
Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.
Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu, mangkuk emas itu keluar semula daripada tempat ia ditanam. Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."
Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku daripada rezekiku."
Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan daripada dalam bajunya.
Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalanannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya.
Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."
Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa:
1. Engkau makan itu ialah marah.
Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.
2. Semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.
3. Jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.
4. Jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.
5. Bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang).
Maka larilah darpadai orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah.
Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain.
Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu." Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu."
Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.
Sumber: Portal Rasmi Jabatan Agama Islam Perak
Friday, March 12, 2010
Rahsia tarian poco-poco.....???
Dihantar Oleh: sweetnyedier
Editor: RosNiza Abdullah
Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dengan izinNya. Saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan semua tentang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yang beragama Islam terutama ketika manghadiri kursus.
Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yang beragama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib. Mungkin kita tidak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yang baru tanpa usul periksa.
Inilah cara musuh-musuh Islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yang telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. Cuma tarian poco-poco ini belum difatwakan haram lagi.
Marilah kita sama-sama fikirkan. Saya dulu pernah terfikir, kenapa tarian itu dimulakan daripada kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman? Saya menyeru kepada diri anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak menarikan lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.
Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini, asal usul dan kesannya kepada akidah umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini, agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan keasyikkan menarikan tarian ini.
http://ejarosliza.blogspot.com/
Thursday, March 4, 2010
Pisang dan hati
Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.
"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.
Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.
Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.
"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.
"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.
Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci. Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.
- adapted from 'shimi'
Friday, February 26, 2010
Thursday, February 18, 2010
Sunday, January 17, 2010
Appendicitis
What is appendicitis?
- What is the appendix?
- What causes appendicitis?
- Who gets appendicitis?
- What are the symptoms of appendicitis?
- How is appendicitis diagnosed?
- How is appendicitis treated?
- What should people do if they think they have appendicitis?
- Points to Remember
- Hope through Research
- For More Information
What is appendicitis?
Appendicitis is a painful swelling and infection of the appendix.
[Top]
What is the appendix?
The appendix is a fingerlike pouch attached to the large intestine and located in the lower right area of the abdomen. Scientists are not sure what the appendix does, if anything, but removing it does not appear to affect a person’s health. The inside of the appendix is called the appendiceal lumen. Mucus created by the appendix travels through the appendiceal lumen and empties into the large intestine.
[Top]
What causes appendicitis?
Obstruction of the appendiceal lumen causes appendicitis. Mucus backs up in the appendiceal lumen, causing bacteria that normally live inside the appendix to multiply. As a result, the appendix swells and becomes infected. Sources of obstruction include
- feces, parasites, or growths that clog the appendiceal lumen
- enlarged lymph tissue in the wall of the appendix, caused by infection in the gastrointestinal tract or elsewhere in the body
- inflammatory bowel disease, including Crohn’s disease and ulcerative colitis
- trauma to the abdomen
An inflamed appendix will likely burst if not removed. Bursting spreads infection throughout the abdomen—a potentially dangerous condition called peritonitis.
[Top]
Who gets appendicitis?
Anyone can get appendicitis, but it is more common among people 10 to 30 years old. Appendicitis leads to more emergency abdominal surgeries than any other cause.
[Top]
What are the symptoms of appendicitis?
Most people with appendicitis have classic symptoms that a doctor can easily identify. The main symptom of appendicitis is abdominal pain.
The abdominal pain usually
- occurs suddenly, often causing a person to wake up at night
- occurs before other symptoms
- begins near the belly button and then moves lower and to the right
- is new and unlike any pain felt before
- gets worse in a matter of hours
- gets worse when moving around, taking deep breaths, coughing, or sneezing
Other symptoms of appendicitis may include
- loss of appetite
- nausea
- vomiting
- constipation or diarrhea
- inability to pass gas
- a low-grade fever that follows other symptoms
- abdominal swelling
- the feeling that passing stool will relieve discomfort
Symptoms vary and can mimic other sources of abdominal pain, including
- intestinal obstruction
- inflammatory bowel disease
- pelvic inflammatory disease and other gynecological disorders
- intestinal adhesions
- constipation
[Top]
How is appendicitis diagnosed?
A doctor or other health care provider can diagnose most cases of appendicitis by taking a person’s medical history and performing a physical examination. If a person shows classic symptoms, a doctor may suggest surgery right away to remove the appendix before it bursts. Doctors may use laboratory and imaging tests to confirm appendicitis if a person does not have classic symptoms. Tests may also help diagnose appendicitis in people who cannot adequately describe their symptoms, such as children or the mentally impaired.
Medical History
The doctor will ask specific questions about symptoms and health history. Answers to these questions will help rule out other conditions. The doctor will want to know when the pain began and its exact location and severity. Knowing when other symptoms appeared relative to the pain is also helpful. The doctor will ask questions about other medical conditions, previous illnesses and surgeries, and use of medications, alcohol, or illegal drugs.
Physical Examination
Details about the abdominal pain are key to diagnosing appendicitis. The doctor will assess pain by touching or applying pressure to specific areas of the abdomen.
Responses that may indicate appendicitis include
Guarding. Guarding occurs when a person subconsciously tenses the abdominal muscles during an examination. Voluntary guarding occurs the moment the doctor’s hand touches the abdomen. Involuntary guarding occurs before the doctor actually makes contact.
Rebound tenderness. A doctor tests for rebound tenderness by applying hand pressure to a patient’s abdomen and then letting go. Pain felt upon the release of the pressure indicates rebound tenderness. A person may also experience rebound tenderness as pain when the abdomen is jarred—for example, when a person bumps into something or goes over a bump in a car.
Rovsing’s sign. A doctor tests for Rovsing’s sign by applying hand pressure to the lower left side of the abdomen. Pain felt on the lower right side of the abdomen upon the release of pressure on the left side indicates the presence of Rovsing’s sign.
Psoas sign. The right psoas muscle runs over the pelvis near the appendix. Flexing this muscle will cause abdominal pain if the appendix is inflamed. A doctor can check for the psoas sign by applying resistance to the right knee as the patient tries to lift the right thigh while lying down.
Obturator sign. The right obturator muscle also runs near the appendix. A doctor tests for the obturator sign by asking the patient to lie down with the right leg bent at the knee. Moving the bent knee left and right requires flexing the obturator muscle and will cause abdominal pain if the appendix is inflamed.
Women of childbearing age may be asked to undergo a pelvic exam to rule out gynecological conditions, which sometimes cause abdominal pain similar to appendicitis.
The doctor may also examine the rectum, which can be tender from appendicitis.
Laboratory Tests
Blood tests are used to check for signs of infection, such as a high white blood cell count. Blood tests may also show dehydration or fluid and electrolyte imbalances. Urinalysis is used to rule out a urinary tract infection. Doctors may also order a pregnancy test for women.
Imaging Tests
Computerized tomography (CT) scans, which create cross-sectional images of the body, can help diagnose appendicitis and other sources of abdominal pain. Ultrasound is sometimes used to look for signs of appendicitis, especially in people who are thin or young. An abdominal x ray is rarely helpful in diagnosing appendicitis but can be used to look for other sources of abdominal pain. Women of childbearing age should have a pregnancy test before undergoing x rays or CT scanning. Both use radiation and can be harmful to a developing fetus. Ultrasound does not use radiation and is not harmful to a fetus.
[Top]
How is appendicitis treated?
Surgery
Typically, appendicitis is treated by removing the appendix. If appendicitis is suspected, a doctor will often suggest surgery without conducting extensive diagnostic testing. Prompt surgery decreases the likelihood the appendix will burst.
Surgery to remove the appendix is called appendectomy and can be done two ways. The older method, called laparotomy, removes the appendix through a single incision in the lower right area of the abdomen. The newer method, called laparoscopic surgery, uses several smaller incisions and special surgical tools fed through the incisions to remove the appendix. Laparoscopic surgery leads to fewer complications, such as hospital-related infections, and has a shorter recovery time.
Surgery occasionally reveals a normal appendix. In such cases, many surgeons will remove the healthy appendix to eliminate the future possibility of appendicitis. Occasionally, surgery reveals a different problem, which may also be corrected during surgery.
Sometimes an abscess forms around a burst appendix—called an appendiceal abscess. An abscess is a pus-filled mass that results from the body’s attempt to keep an infection from spreading. An abscess may be addressed during surgery or, more commonly, drained before surgery. To drain an abscess, a tube is placed in the abscess through the abdominal wall. CT is used to help find the abscess. The drainage tube is left in place for about 2 weeks while antibiotics are given to treat infection. Six to 8 weeks later, when infection and inflammation are under control, surgery is performed to remove what remains of the burst appendix.
Nonsurgical Treatment
Nonsurgical treatment may be used if surgery is not available, if a person is not well enough to undergo surgery, or if the diagnosis is unclear. Some research suggests that appendicitis can get better without surgery. Nonsurgical treatment includes antibiotics to treat infection and a liquid or soft diet until the infection subsides. A soft diet is low in fiber and easily breaks down in the gastrointestinal tract.
Recovery
With adequate care, most people recover from appendicitis and do not need to make changes to diet, exercise, or lifestyle. Full recovery from surgery takes about 4 to 6 weeks. Limiting physical activity during this time allows tissues to heal.
[Top]
What should people do if they think they have appendicitis?
Appendicitis is a medical emergency that requires immediate care. People who think they have appendicitis should see a doctor or go to the emergency room right away. Swift diagnosis and treatment reduce the chances the appendix will burst and improve recovery time.
[Top]
Points to Remember
- Appendicitis is a painful swelling and infection of the appendix.
- The appendix is a fingerlike pouch attached to the large intestine and located in the lower right area of the abdomen.
- Symptoms of appendicitis may include abdominal pain, loss of appetite, nausea, vomiting, constipation or diarrhea, inability to pass gas, low-grade fever, and abdominal swelling.
- A doctor can diagnose most cases of appendicitis by taking a person’s medical history and performing a physical examination. Sometimes laboratory and imaging tests are needed to confirm the diagnosis.
- Appendicitis is typically treated by removing the appendix.
- Appendicitis is a medical emergency that requires immediate care.
Friday, November 27, 2009
Nak ke mana kita???
LOST WORLD OF TAMBUN |
No. 1, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh, 31150 Ipoh, Perak, Malaysia. |
Wednesday, October 21, 2009
Pemuda beribubapakan babi
Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".
Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya.
Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya.
"Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.
Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.
"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.
"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."
Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.
Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.
Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.
Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.
Wallahualam.
Friday, August 28, 2009
UPSR is just around the corner...
sememangnya masa yang dinantikan kian mendekati anda. Tarikh 8 September 2009 semakin hampir. Para CALON UPSR 2009 perlu menstruktur masa yang tinggal ini dengan berkesan. TADBIR masa dengan berkesan. Senaraikan perkara keutamaan ketika ini. Mengutamakan aktiviti menjurus kepada persiapan menghadapi persiapan UPSR 2009 dan dalam masa yang sama tidak mengabaikan perkara yang dianggap penting juga iaitu memantapkan kerohanian.
Seminggu Menjelang Peperiksaan
1. Menjaga Hubungan : Dengan Allah, Ibu Bapa, Guru Dan Rakan. Pertingkatkan hubungan dengan Allah dengan meningkatkan amalan kerohanian. Sentiasa meminta restu ibu bapa dan guru di dalam semua aktiviti yang di lakukan khususnya yang berkaitan dengan Peperiksaan.
2. Menjaga kesihatan. Menghadkan aktiviti yang lasak dan tanpa tujuan seperti bermain basikal. Bersiar-siar dengan motorsikal kerana dibimbangi berlaku perkara yang tidak diingini. ambil berat keadaan caca sekeliling. Segera mendapatkan rawatan jika ada tanda-tanda tidak sihat.
3. Menghadkan menonton TV, CD, Internet, SMS, kerana ia adalah anasir yang paling banyak mencuri masa dan tenaga tanpa disedari.
4. Mengawal pemakanan. Elakkan memakan makanan yang mengandungi lemak yang tinggi kerana akan menyebabkan kita mudah mengantuk.
Strategi Mengulangkaji Di Hari Peperiksaan
• Beritahu Ibu / Ayah
• Pohon restu
• Ambil Wuduk
• Mengadab kiblat
• Niat dan lafaz doa
• Ambil masa tidak terlalu lama kerana otak perlu rehat yang secukupnya untuk menghadapi peperiksaan yang seterusnya.
• Konsentrasi
• Mengamalkan teknik bacaan scanning (menyemak / melihat setiap muka surat secara sambil lalu dan hanya memberikan tumpuan kepada seuatu topik secara bersantai). Lihat tajuk kemudian lihat jawapan sepintas lalu.
• Jika perlu lihat tajuk, cth : cuba tuliskan nilai murni / formula / unit / dll
• Rehat dan tarik nafas yang panjang setiap 15 minit
• Tamatkan mengulangkaji dengan doa : Mohon kepada Allah agar diberi ketenangan.
• Sudahkan dengan membaca Tasbih Kafarrah dan surah Al-asr
• Simpan semula buku yang digunakan di tempatnya yang asal.
Malam Sebelum Peperiksaan
1. Lakukan Amalan Kerohanian :
1. Solat hajat
2. Doa
3. Mohon Restu Ibu Bapa
4. Sediakan semua keperluan peperiksaan
5. Pakaian
6. Alat tulis
7. Air Mineral
8. Jam
9. Gula-gula
10. Lain-lain keperluan
11. Tidur Awal
12. Elakkan menonton TV
13. Memasang jam Penggera untuk bangun
Pagi Peperiksaan
1. Mandi air Suam
2. Solat hajat Sebelum subuh
3. Sarapan : Jangan makan terlalu banyak / berat
4. Pakai minyak wangi (DDFMK)
5. Keluar rumah minta restu
6. Datang mengikut masa yang sesuai. tidak terlalu awal / lewat
Tips Ketika Berada Di Dalam Dewan Peperiksaan
• Melangkah masuk ke dalam dewan dengan kaki kanan
• Duduk dengan selesa
• Keluarkan alat tulis
• Jangan bawa masuk bahan-bahan yang dilarang
• Baca doa penerang hati
• Kalau gemuruh lakukan pernafasan permulihan, banyakkan berselawat
• Senyum untuk mencari ketenangan
• Bisikkan pada diri Insya Allah aku akan dapat menjawab dengan baik.
Apabila Soalan Telah Diberi
• Dengar dengan teliti arahan pengawas
• Jangan mula menjawab jika pengawas tidak membenarkan anda berbuat demikian
Apabila Masa Menjawab Telah Bermula
• Mulakan dengan lafaz Basmallah
• Baca arahan dengan teliti
• Bahagikan masa dengan saksama
• Jawapan HENDAKLAH MENGIKUT KEHENDAK SOALAN jangan jawab mengikut apa yang kita tahu
• Jika menghadapi sebarang masalah, sila angkat tangan, beritahu, (bukan tanya jawapan)
• Semasa menjawab dahulukan soalan yang mudah dahulu
• Jika tidak dapat menjawab sesuatu soalan jangan gamam, letakkan tangan kanan di atas umbun-umbun kepala dan kemudian berselawat, tarik perlahan-lahan tangan ke arah belakang (dari depan ke belakang) Insya Allah dengan keberkatan selawat yang kita yakin, daya ingatan akan pulih, ameen
• Jangan melakukan perbuatan yang mencurigakan.
Kesilapan Yang Tidak Disedari Ketika Sedang Menjawab Soalan
• Over Confident
• Menjawab soalan mengikut apa yang diketahui bukan mengikut kehendak soalan
• Tulisan yang tidak kemas
• Tergesa-gesa
• Soalan belum habis dibaca tetapi telah memilih jawapan
• Meletakkan harapan yang terlalu tinggi
• Panik yang tidak terkawal
• Kerisauan yang terlalu tinggi terhadap kegagalan
• Tidak urus masa dengan betul
• Memindahkan pilihan jawapan yang tidak betul : jawapan yang dipilih B tetapi menandakan jawapan di kertas jawapan D : akibat cuai
• Menukar pilihan jawapan di saat akhir.
• Keluar ke tandas ketika peperiksaan sedang berlangsung tanpa sebab yang munasabah
Apabila Telah Selesai Menjawab soalan
• Jangan buang masa semak semula. (pengiraan, ejaan, dll)
• Sebelum kertas jawapan dipungut berdoalah sebagai tanda syukur kerana dapat menjawab soalan sebaik mungkin
• Apabila masa telah tamat dan skrip jawapan telah dipunggut, tinggalkan dewan dengan tenang. Ingat esok ada peperiksaan lagi.
Selepas Peperiksaan Tamat
• Ucapkan tahniah kepada kawan-kawan
• Jika kurang pasti dengan jawapan jangan bincang
• Doakan diri dan rakan-rakan semoga sama-sama berjaya di dalam peperiksaan yang baru dilalui
• Tinggalkan sekolah dan terus pulang ke rumah.
p/s : ubahsuai apa yang patut di bulan puasa ini ya...
Adapted from : http://aspirasidiri.blogspot.com/